Sunday, 22 April 2012

BOLA SEPAK SKSR TERUS MARA.....


Pertandingan Bola Sepak Peringakat Daerah Kluang 2012 telah diadakan pada 16-17 April 2012 bertempat di Padang Awam Felda ayer Hitam Simpang Rengam Johor. 

Murid-murid SKSR yang mewakili Zon Simpang Rengam ialah :
  • Mohd Amrin Salihi bin Mohd Nasir
  • Mohd Hairie Eizlan bin Mohd Fareks
  • Ahmad Baihaqi bin Mohd Rashidi
  • Muhd Haziq Ikhwan bin Adnan
  • Mohd Norasnawi bin Samsuddin
  • Shahrul Azhar bin Samsuddin
  • Muhd Faaiz bin Kamaruddin
Pada pertandingan tersebut ZON SIMPANG RENGAM telah berjaya mendapat JOHAN....TAHNIAH DAN SYABAS BUAT PASUKAN ZON SIMPANG RENGAM...

TAHNIAH DAN SYABAS juga buat Adik Muhd Hairie Eizlan daripada SKSR kerana telah terpilih menjadi PEMAIN TERBAIK PERINGKAT DAERAH KLUANG....

Antara Murid SKSR yang terpilih ke pemilihan peringkat negeri ialah :
  • Muhd Hairie Eizlan bin Mohd Fareks
  • Mohd Amrin Salihi bin Mohd Nasir
  • Muhd Haziq Ikhwan bin Adnan
  • Ahmad Baihaqi bin Mohd Rashidi

TAHNIAH BUAT PASUKAN BOLA SEPAK SKSR

Pada 4,5, 6 April 2012 telah berlangsung Pertandingan Bola Sepak peringkat MSSZ Simpang Rengam 2012 bertempat  di SK Sungai Linau. Sebanyak 9 buah sekolah telah menyertai pertandingan tersebut antaranya SKSR, SK AGAMA ASSIDDIQ, SKDIM, SKSM, SKSMJ, SKDOJ, SKSK, SKSL dan SKLKTP LAYANG-LAYANG.

Pada pertandingan tersebut SKSR telah berjaya keperingkat akhir dan menjadi JOHAN dengan mengalahkan SK Sungai Linau dengan (4 -0).  TAHNIAH DAN SYABAS BUAT SEMUA AHLI PASUKAN BOLA SEPAK SKSR kerana telah berjaya mewakili zon ke peringkat MSSD KLUANG Pada 16-17 April 2012.

TAHNIAH juga buat Adik MAHD AMRIN SALIHI BIN MOHD NASIR kerana telah terpilih menjadi Pemain terbaik didalam kejohanan tersebut...
TAHNIAH.!!......
SKSR TERUS MARA!!!!!!!!!
TAHNIAH DAN SYABAS!!!!

Thursday, 22 March 2012

Jom isi e-operasi......cepat..cepat lum terlambat!!!

Sila klik di gambar untuk ke laman e-operasi


Pengemaskinian Data bermula pada 1 Mac 2012 hingga 31 Mac 2012. 
Sebelum membuat semakan dan pengemaskinian data pastikan anda telah mendaftar masuk bagi mendapatkan Id Pengguna dan Kata Laluan masing-masing.

Kerahsiaannya Id Pengguna dan Kata Laluan adalah di bawah tanggungjawab anda 
Semua Guru hendaklah membuat semakan dan pengemaskinian data dengan menggunakan Id Pengguna dan Kata Laluan masing-masing. Sekiranya terdapat maklumat yang tidak tepat, sila maklumkan kepada PK1/PK2/PK3 untuk tindakan pembetulan maklumat. 

Jika masih menghadapi masalah untuk membuat pengemaskinian data, sila hubungi Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing (dapatkan no. telefon di “Bantuan”) 

Panduan Pengguna




Sekian dimaklumkan. 




Wednesday, 14 March 2012

Friday, 9 March 2012

AGIHAN DUIT BANTUAN KHAS PERSEKOLAHAN UNTUK TAHUN 1 (RM 100 ) DAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM)



 Alhamdulillah, bersyukur kita atas keperihatinan pihak Kerajaan yang telah memberi peruntukan Khas untuk meringankan bebanan ibubapa dalam membuat persediaan persekolahan anak-anak mereka untuk sesi 2012.


Bantuan sebanyak RM 100 telah diagihkan oleh pihak Sekolah kepada semua pelajar Tahun 1 pada 8/3/2012 yang telah disampaikan oleh Tuan Hj Md Zain bin Salamal Guru Besar SK Simpang Rengam dan Tuan Hj Sulaiman bin Sabu.

Pihak Sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada  Tuan Hj Sulaiman bin Sabu. atas kesudiaan beliau meluangkan masa bagi menyempurnakan majlis tersebut.

KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM)